Monday, May 24, 2010

Pengalaman di Symposium arca di Changcung china 2006

Seni Arca yang bersifat tiga dimensi memungkinkan penggunaan ruang dan bentuk yang nyata. Ianya boleh disentuh, dirasai dan mempunyai isipadu yang tertentu. Jika dalam karya catan ataupun lukisan, bentuk yang dihasilkan hanya secara ilusi di atas permukaan 2 dimensi tetapi tidak dalam karya seni arca, ia dihasilkan dengan menggunakan bahan benar seterusnya diolah menjadi bentuk 3 dimensi dalam ruang nyata.
Dalam konteks ruang terbuka, umum maupun persekitaran, seni arca merupakan salah satu bentuk yang boleh meninggikan nilai atau memberi karekator sesuatu bagi sesuatu ruang tertentu. Tambah nilai sesebuah ruang maupun bangunan akan tetap berlaku tidak mengira samada sebuah arca itu bersifat realistik maupun abstrak. Arca publik ini boleh berdiri sebagai hasilan mural di dindind-dinding bangunan , mengisi taman permainan kanak-kanak ataupun sebagai sebuah arca pancutan air dan kadang kala ianya menjadi karya pengiklanan malahan ada ketikanya ianyamenjadi mercu tanda atau mercu kenangan bagi sesuatu persitiwa maupun sejarah.
Selain menjadi elemen penting sesebuah landskap ianya mendidik sesuatu masyarakat tentang nilai sesuatu sejarah.

Public art identifies the city, displaying persons and events in history by use of historic monuments. This form of art can educate the public about these historically important events. They cause people to think about the history, remember the events and people, and even to relive them
(Lynch4, 51,52, 54).

Sebagai seorang pengarca, menghasilkan sebuah karya arca publik merupakan suatu yang memberikan kepuasan yang maksima. Bermain dengan ruang dan arca bersekala besar sudah tentu memerlukan komitmen yang tinggi.
Kesempatan itu saya perolehi ketika terpilih untuk menyertai ‘The 8th Changcung China International Scupture Symposium’. Pengalaman dan ilmu yang saya perolehi itu amat bermakna dan perlu dikongsi bersama agar ianya memberi menafaat kepada pengarca serta duni seni tampak Negara.

Simposium tersebut telah berlangsung pada 23 julai 2006 hingga 5 sept. 2006. Saya telah dipilih untuk mewakili Malaysia dalam Simposium tersebut. Permohonan untuk menyertai simposium ini telah dibuka kepada semua pengarca pada penghujung tahun 2005, saya telah menghantar 3 cadangan kepada datuk Bandar wilayah changcung untuk dipertimbangkan. Cadangan yang dihantar melalui e.mail tersebut di beri respon pada penghujung bulan feb 2006. Jawapan yang saya terima agak menghampakan,dengan alasan bajet yang sedikit menyebabkan pihak penganjur menghadkan penyertaan.

Satu panggilan telefon pada pertengahan April agak memeranjatkan saya apabila ianya datang dari setiausaha pihak penganjur ‘The 8th Changcung China International Syimposium’, dengan hanya mengenalkan dirinya sebagai Nina saya diminta menghantar satu cadangan baru karya arca. Dalam e.mail yang diterima kemudiannya saya dikehendaki menghasilkan sebuah arca yang mempunyai ciri-ciri tempatan serta sedapat mungkin ianya bersifat realistik. Dua hari kemudian setelah cadangan terbaru saya e.mail kan, Pihak penganjur telah membuat keputusan untuk menerima lakaran terkini saya itu. Secara rasminya saya dipilih mewakili Negara ke simposium tersebut.
Tepat jam 12 malam ,22hb julai 2006 saya menaiki pesawat China Airlines untuk ke Bejing . Penerbangan selama 6 jam dari KLIA ke Bejing terasa agak pantas, dengan pesawat tersebut , saya telah terasa bahang berada di China dengan makanan dan bahasa yag digunakan agak kurang saya fahami. Tepat jam 6.35 pagi waktu tempatan saya telah menghirup udara nyaman Bejing
Bersama Stephen dari Belize USA dan Nenad dari Serbia,di Airpot Bejing

Bersama saya pada pagi itu , pengarca dari Belize USA Stephen, Nenad Vacic dari Serbia, Gustave Konongo dari Congo, Angel Ramon dari Andora dan Sreten Milatovic dari Montenegro , Kami dibawa ke hotel untuk berehat dan makan tengahari sebelum bertolak ke changcung dengan satu lagi penerbangan yang mengambil masa 1jam setengah. Selepas berehat seketika sambil mengintai bandaraya Bejing kami menaiki pesawat jam 2.30 ptg, namun cuaca yang agak buruk di bejing ketika itu menyebabkan penerbangan kami lewat 6 jam untuk berlepas. Dan akhirnya kami selamat mendarat di lapangan terbanag Changcung jam 10.30 malam.Seperti satu perjalan yang jauh kami keletihan ketika dibawa menaiki van untuk ke hotel Soung Young . Saya dapat melabuhkan badan yang letih di bilik yang saya huni selama 45 hari. Keletihan sedikit hilang bila mendapati talian internet disediakan di bilik, satu-satunya penghubung yang amat berharga untuk saya mengetahui perkembangan keluarga dan Malaysia. Nina (setiausaha pihak penganjur ) datang memberi sedikit maklumat tentang perkara yang perlu dilakukan terutamanya untuk membuat ‘medical checkup’ keesokkannya..iaitu hari kedua saya di sana.
Aktiviti syimposium bermula dengan menjalani pemeriksaan kesihatan untuk semua pengarca, ini untuk memastikan tahap kesihatan setiap pengarca yang mengambil bahagian.

Secara keseluruhan seramai 49 pengarca dari pelbagai Negara menghadiri syimposium tersebut, kebanyakan pengarca yang dipilih adalah dari negar-negara yang sedang membangun, malahan kedapatan Negara kecil yang saya tidak pernah mendengarnya sebelum ini, seperti Pulau Palau yang kemudiannya saya ketahui terletak diantara Filipina dan Indonesia hanya mengandungi penduduk seramai 60 ribu, manakala dunia seni tampaknya hanya berlegar dalam konteks seni tradisi(istilah yag kita guna pakai untuk memisahkan dari seni morden dan seni tradisi)

studio/bengkel
Studio dan bengkel untuk menjalankan aktiviti menghasilkan arca terletak kira-kira 7 km dari tempat penginapan, pihak penganjur telah menyediakan bas sebagai pengangkutan ulang alik ke studio/bengkel tersebut. Perjalanan yang melalui kawasan bandar yang sibuk memberi peluang peserta menikmati dan membuat pengamatan terhadap persekitaran bandaraya changcung. Studio/bengkel yang disediakan merupakan satu bangunan dua tingkat yang terl;etak di dalam kawasan taman arca , rekabentuk bangunan tersebut sememangnya di reka untuk kegunaan menghasilkan arca. Saya telah ditempatkan di bangunan tambahan yang dibina dengan konsep pasang siap. Manakala bahagian luar bangunan mempunyai kawasan lapang untuk kerja-kerja menghasilkan arca dari batu. Susunan bongkah batu granit dan marmar memberi satu suasana persekitaran yang menarik khususnya bagai pengarca yang gemar berkarya menggunakan batu, tambahan pula persekitaran taman arca yang boleh dilihat tidak berapa jauh dari tempat berkerja.

Simposium Arca Antarabangsa ini telah diadakan sejak 1997, Bandar cangchung telah menyediakan kawasan seluas 92 hektar untuk dijadikan taman arca yang dinamakan ‘Changcung World Sculpture Park’. Changcung telah berjaya mengadakan 7 simposium sebelum ini dengan jayanya. Kini taman arca tesebut telah mempunyai 341 arca yang telah dihasilkan oleh 296 pengarca-pengarca terkenal dari 130 buah negara. Kawasan Taman Arca yang luas ini turut mempunyai sebuah galeri yang indah, dibina dengan keluasan 12600 kaki persegi, ianya mempaparkan seni bina moden dengan bentuk bulat dipenuhi struktur yang menarik. Galeri yang turut menjadi pusat seni arca di China ini menyimpan lebih dari 700 arca dari dalam dan luar Negara. Sekeliling taman arca ini dihiasi dengan arca taman yang pelbagai tema dan bahan, di tengah-tengah taman dibina satu tasik buatan yang luas dengan binaan 3 laluan air yang mengkagumkan. Setiap binaan yang terdapat di tasik ini mengambil kira persoalan bentuk yang harmoni dengan kewujudan arca itu sendiri
Dalam symposium kali ke 8 ini seramai 44 artis dari pelbagai negara telah menghasilkan arca yang menarik, manakala seramai 5 orang pengarca tempatan turut menghasikan arac untuk diletakkan di taman arca.

Antara lain tujuan symposium ini adalah untuk menjadikan Bandaraya Changcung sebuah Bandar Arca yang terkenal di seluaruh dunia, menurut Datuk Bandar Zhu Yejing dalam buku cenderamata ‘8th Changcung China International Sculpture Syimposium” symposium ini bukan hanya tempat untuk menghasilkan dan mempamerkan karya arca tetapi ianya juga menjadi paparan imej bandaraya Changcung di mata dunia

Sepanjang 45 hari disini semua peserta dikehendaki mengahsilkan arca mengikut lakaran atau model yang telah disediakan. Bagi memudahkan kerja-kerja penghasilan arca, setiap pengarca diberi seorang pembantu dan seorang penterjemah. Masalah bahasa agak ketara disini dimana penguasaan bahasa Inggeris yang agak lemah oleh pihak penganjur. Manakala komunikasi sesama pembantu dimudahkan oleh penterjamh. Pembantu dan penterjemah ini akan sentiasa membantu setiap waktu dan ketika. Dalam symposium yang besar sebegini peranan pembantu serta penterjemah amatlah penting, malahan kedapatan juga pengarca-pengarca dari sebilangan negara luar juga tidak menggunakan Bahasa Inggeris tetapi menggunakan Bahasa Sepanyol juga Portugis.



Arca yang saya hasilkan menunjukkan imej tangan yang sedang menjulang keris pekaka. Arca yang bertajuk ‘People Power’, ia menceritakan sistem demokarsi berparlimen negara yang ditentukan oleh rakyat, manakala Yang Dipertuan Agong menjadi symbol ketua Negara. Saya telah menggunakan imej tangan yang memegang Keris Pekaka yang berada didalam sarung sebagi simbol kuasa yang telah diberi kepada Yang DiPertuan Agong sebagai ketua negara. Keris Pekaka ini digunakan dalam upacara pertabalan Yang Dipertuan Agong. Lambang kuasa dan keamanan terlahir dari imej keris yang berada di dalam sarung serta dijulang tinggi ke langit. Arca berukuran 3M x3M x 3M ini dihasilkan menggunakan bahan gangsa.
Selama 45 hari di sini , proses penghasilan arca ini boleh saya bahagikan kepada 4 peringkat.
Pertamanya proses menghasilkan model (model making) dengan menggunakan tanah liat. Model ini dihasilkan berdasarkan lakaran ataupun model kecil yang telah disediakan oleh setiap pengarca.Proses memodel ini juga melibatkan peringkat yang paling awal iaitu menyediakan struktur menggunakan besi bagi menguatkan model tanah liat yang akan dibina.
Perkara yang menarik boleh dipelajari dari proses membuat struktur besi ini, terdapat beberapa pendekatan yang dibuat oleh pengarca dalam menghasilkan stuktur tersebut,umpamanya pengarca dari Cape Verde telah menggunakan besi dalam membuat strukturnya,apa yang menarik struktur itu kelihatan seperti sebuah arca yang telah siap, kehalusan mereka membentuk besi menjadikan struktur bagi model tersebut amat menarik. Berbeza bagi pengarca dari Bhutan sekadar menggunakan beberapa batang besi kemudian diikat dengan kayu bagi menjadi stuktur model arca beliau. Purata masa yang diambil oleh pengarca untuk menyiapkan struktur model adalah selama 7 hari, namun begitu pengarca yang kurang mahir menggunakan teknik kimpalan besi ianya mengambil masa yang agak lama. Ini berlaku kepada pengarca dari Kenya yang mengaku beliau tiada pengalaman menghasilkan karya dalam sekala besar dan tiada kemahiran mengimpal besi,beliau hanya bergantung kepada pengimpal yang disediakan oleh pihak penganjur.
Kerja-kerja memodel dengan tanah liat ( clay works) merupakan proses yang lambat dan panjang jika dibandingkan dengan proses-proses yang lain.Saya mengambil masa selama 20 hari untuk menyiapkan model tersebut, ianya akan bertambah sukar jika kita menghasilkan arca dalam bentuk realistic apatah lagi jika ianya bentuk figura. Saya kagum dengan kemahiran sebilangan pengarca yang menghasilkan bentuk figura yang realistik. Selama ini di Malaysia saya telah melihat kemahiran artis tempatan membuat lukisan maupun catan figura ,jarang sekali menemui pengarca yang membentuk arca figura realistik.( saya memahami kekangan agama berkaitan soal membentuk figura , oleh hal yang sedemikian kesempatan melihat kerja-kerja pengarca
‘realistic figure‘di Changcung ini amat saya hargai).
Masa yang diambil untuk membuat acuan agak pantas, kami disediakan dengan perkerja yang mahir menghasilkan acuan. Mereka menggunakan pendekatan ‘waste molds’ . Kerja-kerja membuat acuan dibuat secara professional, kami tidak membuat acuan bahagian demi bahagian kerana ianya membazir waktu, kami menggunakan teknik kepingan zink (pulled string method) sebagai bahan pemisah. Teknik ini memerlukan kepakaran dan latihan yang selalu bagi mereka yang tidak pernah mencuba. Membuat acuan dengan sekala yang besar amat bersesuaian menggunakan teknik sedemikian. Diperingkat permulaan saya tertanya-tanya apakah method yang akan digunakan untuk menghasilkan acuan dan juga kasting.






Setelah acuan disiapkan proses seterusnya adalah kerja-kerja kasting dari bahan fiber glass. Karya yang telah siap dari bahan fiber galss ini akan kasting semula dengan bahan gangsa ,namun begitu proses kasting dengan bahan gangsa tidak sempat dibuat dalam tempoh 45 hari tersebut. Kami difahamkan ianya akan dibuat selepas 1-2 bulan symposium tersebut berakhir. Walaupun begitu saya berkesempatan melawat ke 2 buah kilang kasting gangsa.Serba sedikit saya memahami proses kasting logam dengan teknik ‘sand casting’. Apa yang mengkagumkan terdapat banyak kilang-kilang kasting logam di seluruh negeri China, kilang di wilayah Dailan yang saya lawati bukan sahaja bertanggungjawab melaksnakan tuangan logam bagi pengarca tempatan malahan ianya juga melibatkan kerja-kerja dari luar. Industri kasting logam bukan lagi suatu yang luarbiasa di Negeri Cina. Saya terfikir seandainya ianya berlaku di Malaysia alangkah baiknya bagi pengarca yang ingin menghasilkan arca dengan teknik tuangan logam. Kemudahan yang boleh dikatakan tiada di Malaysia meyebabkan kebanyakan pengarca lebih suka menghasilkan arca ‘direct metal’,disamping bahannya murah serta mudah diperolehi.












Dalam symposium ini saya berkesempatan membentangkan kertas kerja yang berkaitan dengan perkembangan dunia seni arca di Malaysia disamping saya mempersembahkan perihal karya-karya seni arca saya. Respon yang saya terima dari audien amat membanggakan, tanggapan awal tentang senario seni arca Malaysia oleh kebanyakan peserta dari Negara membanggun agak tersasar. Mereka melihat perkembangan seni arca Malaysia yang pelbagai sifatnya, malahan karya-karya peribadi saya dijadikan indicator kemodenan arca Malaysia. Tidak dapat dinafikan perkara ini memandangkan sebahagian pengarca yang menyertai syimposium ini adalah dari Negara-negar kecil maupun pulau-pulau kecil yang sedang membangun, umpamanya Palau yang diwakili oleh seorang artis yang hanya berkarya dengan bahan kayu yang menampilkan imej tradisi tempatan.

Setelah berakhirnya symposium kali ke 8 ini bandar Changcung telah mempersembahkan sebanyak 390 buah arca dari 345 artis dari 172 buah Negara , ini termasuk 20 negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatic dengan china. Ini menjadi indicator seni arca merentasi permasalahan politik sesebuah Negara.




Di penghujung syimposium saya berkesempatan melawat Tembok Besar Negeri China, benarlah kata rakan-rakan se symposium ke china tidak akan lengakap jika tidak ke tembok abesar negeri china.
Kesempatan transit di Bejing selama satu hari menjadi tuah buat saya, tepat jam 6.00 pagi kami seramai 8 orang menaiki van yg telah ditempah khas oleh pihak penganjur meluncur ke Tembok besar, perjalanan mengambil masa 1 jam. Dari hotel penginapan saya. Tepat jam 10 pagi Tembok besar tersergam indah didepan mata kami…sungguh mengkagumkan.. tiada kata-kata yang boleh diluahkan…kami seakan-akan anak-anak yang mendapat jajan kesukaan..menjerit-jerit sambil berjalan di setiap inci tembok tersebut..naluri pengarca menjadi begitu berguna..saya sentuh dan amati keunikan tembok tersebut yang dikatakan berusia ribuan tahun. Tembok Besar China merentasi beberapa wilayah di republik Rakyat China dengan panjangnya kira-kira 6,700 kilometer. Binaan yang dianggap salah satu dari 7 binaaan ajaib dunia ini dibina pada zaman Dinasti Ming dengan merentasi beberapa wilayah di China bermula di Shanghai, Jiayu, Hebei, Bejing, Shanxi, Mongolia, Ningxia dan Gansu.Dikatakan lebih 130 juta pengunjun telah melawat binaan unik ini. Tidak hairanlah pemandu pelancong sentiasa memainkan propaganda betapa hebatnya Tembok Besar ini sehingga menurutnya Amerika menyatakan angkasawan mereka dapat melihat struktur tembok besar dari dari angkasalepas. ‘Akunama tata king of Kenya’ gelar artis Kenya yang bersama saya di symposium kegirangan yang amat sangat,kami bersama mengabdikan setiap detik di tembok besar dengan video maupun kamera. Rasa bertuah dihati menjadi antara manusia yang berjaya menghirup udara segar dan nyaman diatas tembok besar China. Tembok Besar China melambangkan kecemerlangan binaan masa lampau dan ianyalah sebenar-benar arca publik yang terus akan dihayati untuk dekad-dekad seterusnya.













Friday, March 19, 2010

Arca awam di Kuala Lumpur






Antara Arca Awam yang terawal di Kuala Lumpur oleh Ariffin Mohd Ismail

Lokasi di Akrib Negara



Seni Arca Awam merupakan istilah yang dipelopori di Amerika pada

tahun 60 an. Ianya digunakan untuk merujuk kepada rekabentuk atau hasil kerja seni yang berkaitan dengan keperluan komuniti. Istilah ini tidak terhad kepada seni arca semata-mata, malahan mempaparkan hasil reka bentuk yang lain dengan tujuan yang sama iaitu untuk menghiasi persekitaran


Memorial Tunku Abdul Rahman,black granite

lokasi Jalan Dato' Onn



Bagi Daniel Robins penggunaan istilah ‘Public Sculpture’ mula digunakan pada tahun 1976 merujuk kepada perkembangan sejarah awal arca awam di Amerika (1893).

Di Malaysia penggunaan istilah ‘Public Sculpture’ mula digunakan oleh Dato’ Syed Ahmad Jamal, ianya meujuk kepada kegiatan ‘ Asean Sculpture Symposium’ yang telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1987.

Mel Godding di dalam bukunya ‘Public:Art:Space’ menghuraikan serba sedikit berkenaan Seni Arca Awam, menurut beliau Seni Arca Awam adalah hak publik di ruang terbuka, ianya khusus diminta oleh pihak tertentu manakala penghayatnya adalah masyarakat umum. Penghasilannya merupakan satu catu cabaran bagi setiap pengarca. Selain pengarca ianya juga sering melibatkan pihak lain seperti akritek, orang awam, penaung/pelanggan dan persekitaran itu sendiri.

Kuala Lumpur sebuah kota besar , menjadi pusat bagi segala aktiviti,politik ,budaya, ekonomi pendidikan dan sebagainya. Bermula dipertengahan abad ke 19 kuala Lumpur begitu pesat membangun.Dari zaman Raja Abdullah ke Yap Ah Loy kini Kuala Lumpur yang mempunyai1.3 juta penduduknya. Kuala Lumpur kini dipenuhi dengan bangunan-bangunan yang menjadi mercutanda,ianya dikenali diseluruh dunia. Dalam kepesatan fizikal yang melanda Kuala Lumpur aspek pembinaan kerohanian turut disimbangkan. Persoalan seni dan budaya turut diberi perhatian. Kemodenan yang ditunjukkan bukan sahaja dalam bentukan fizikal bangunan semata-mata namun persoalan kesenian amat dititikberatkan. Kewujudan bangunan atau taman kini diharmonikan dengan penghasilan seni Arca Awam.

Seni Arca Awam boleh dimengertikan sebagai sebuah hasilan seni yang diletakkan di ruang terbuka. Ianya merupakan satu bentukan seni yang berfungsi dalam dimensi ruang yang menyeluruh. Ianya berlatarbelakangkan ruang persekitaran. Kegiatannya lebih tertumpu di luar sistem galeri, penghayatannya lebih bertumpu kepada masyarakat secara terbuka, bersifat kekal dan mementingkan keperluan tertentu untuk memastikan kewujudannya bersesuaian dengan faktor cuaca, keselamatan dan penyelenggaraan.

Kebiasaannya sesebuah arca awam itu akan mempunyai sekala yang besar jika dibandingkan denga arca dalam konteks galeri. Ini dapat di contohkan kepada arca keris yang menjulang ke langit yang terdapat di hadapan Stadium Bukit Jalil. Seni Arca Awam boleh juga dikenali sebagai arca taman seperti mana arca yang terdapat di Taman Wawasan berhadapan bangunan Publi Bank. Kadang kala ianya menghiasi dinding sesebuah bangunan seperti di dinding bangunan KUWASA di Jalan Raja Laut.

Bandaraya Kuala Lumpur sering kali menerajui apa jua pembangunan yang akan berlaku secara menyeluruh. Dalam konteks Seni Arca Awam , kesedaran tentang perlunya objek seni ini dalam menyimbangi kemajuan fizikal telah disahut oleh pihak kerajaan maupun swasta. Tahun-tahun 90an menampakkan perkembangan menarik kepada karya-karya Seni Arca Awam ianya bertitik tolak atas keperhatian pihak kerajaan maupun swasta yang menginginkan identiti mereka diolah dalam bentuk Seni Arca Awam malahan kewujudan Seni Arca Awam tersebut mampu menjadi alat untuk mengeksprisikan sesuatu yang menjadi pegangan sesebuah syarikat swasta maupun dasar-dasar kerajaan.

Contoh keperhatian pihak swasta dapat dilihat dengan kewujudan ‘Taman Wawasan’ yang terletak di hadapaan bangunan Publi Bank. Taman ini dihiasi dengan 3 Arca Awam hasil pengarca tempatan, ketiga-tiga Arca Awam itu telah mengambil intipati wawasan 2020 dalam kewujudnya bentuknya. Ketika perasamian perdana menteri ketika itu Tun Dr. Mahathir telah memberi kenyataan yang dilihat sebagai pengiktrafan kepada peranan Seni Arca Awam dalam masyarakat.

“Taman Wawasan ini sudah tentu akan menjadi tumpuan orang ramai baik dari dalam mahupun luar Negara, arca-arca yang simbolik menjadi ingatan kepada Negara untuk mencapai status Negara maju sepenuhnya pada tahun 2020”

Y.A.B DATO SERI DR. MAHATHIR MOHAMMAD. 1993,Katlog Perasmian Pembukaan.

Seni Arca Awam kini turut diambil kira ketika perancangan serta pengwujudan sesebuah binaan maupun bangunan yang bersifat moden dan terkini. Jelas di Kuala Lumpur bangunan kebanggaan Negara seperti Menara Kembar Petronas turut dihiasi dengan arca awam hasil pengarca tempatan maupun luar Negara. Kewujudan sesuatu Seni Arca Awam itu dilihat dapat menambah nilai sesuatu tempat atau bangunan maupun persekitaran yang terlibat. Dengan menjadikan sesuatu imej maupun misi sesebuah syarikat sebagai tunjang dalam karya-karya Seni Arca Awam, ianya dirasakan mampu menaikan imej sesebuah syarikat juga Bandaraya Kuala Lumpur setaraf dengan bandar raya maju yang lain seperti koto New York, London, Paris, Jepun dan Korea.