Friday, March 19, 2010

Arca awam di Kuala Lumpur






Antara Arca Awam yang terawal di Kuala Lumpur oleh Ariffin Mohd Ismail

Lokasi di Akrib Negara



Seni Arca Awam merupakan istilah yang dipelopori di Amerika pada

tahun 60 an. Ianya digunakan untuk merujuk kepada rekabentuk atau hasil kerja seni yang berkaitan dengan keperluan komuniti. Istilah ini tidak terhad kepada seni arca semata-mata, malahan mempaparkan hasil reka bentuk yang lain dengan tujuan yang sama iaitu untuk menghiasi persekitaran


Memorial Tunku Abdul Rahman,black granite

lokasi Jalan Dato' Onn



Bagi Daniel Robins penggunaan istilah ‘Public Sculpture’ mula digunakan pada tahun 1976 merujuk kepada perkembangan sejarah awal arca awam di Amerika (1893).

Di Malaysia penggunaan istilah ‘Public Sculpture’ mula digunakan oleh Dato’ Syed Ahmad Jamal, ianya meujuk kepada kegiatan ‘ Asean Sculpture Symposium’ yang telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1987.

Mel Godding di dalam bukunya ‘Public:Art:Space’ menghuraikan serba sedikit berkenaan Seni Arca Awam, menurut beliau Seni Arca Awam adalah hak publik di ruang terbuka, ianya khusus diminta oleh pihak tertentu manakala penghayatnya adalah masyarakat umum. Penghasilannya merupakan satu catu cabaran bagi setiap pengarca. Selain pengarca ianya juga sering melibatkan pihak lain seperti akritek, orang awam, penaung/pelanggan dan persekitaran itu sendiri.

Kuala Lumpur sebuah kota besar , menjadi pusat bagi segala aktiviti,politik ,budaya, ekonomi pendidikan dan sebagainya. Bermula dipertengahan abad ke 19 kuala Lumpur begitu pesat membangun.Dari zaman Raja Abdullah ke Yap Ah Loy kini Kuala Lumpur yang mempunyai1.3 juta penduduknya. Kuala Lumpur kini dipenuhi dengan bangunan-bangunan yang menjadi mercutanda,ianya dikenali diseluruh dunia. Dalam kepesatan fizikal yang melanda Kuala Lumpur aspek pembinaan kerohanian turut disimbangkan. Persoalan seni dan budaya turut diberi perhatian. Kemodenan yang ditunjukkan bukan sahaja dalam bentukan fizikal bangunan semata-mata namun persoalan kesenian amat dititikberatkan. Kewujudan bangunan atau taman kini diharmonikan dengan penghasilan seni Arca Awam.

Seni Arca Awam boleh dimengertikan sebagai sebuah hasilan seni yang diletakkan di ruang terbuka. Ianya merupakan satu bentukan seni yang berfungsi dalam dimensi ruang yang menyeluruh. Ianya berlatarbelakangkan ruang persekitaran. Kegiatannya lebih tertumpu di luar sistem galeri, penghayatannya lebih bertumpu kepada masyarakat secara terbuka, bersifat kekal dan mementingkan keperluan tertentu untuk memastikan kewujudannya bersesuaian dengan faktor cuaca, keselamatan dan penyelenggaraan.

Kebiasaannya sesebuah arca awam itu akan mempunyai sekala yang besar jika dibandingkan denga arca dalam konteks galeri. Ini dapat di contohkan kepada arca keris yang menjulang ke langit yang terdapat di hadapan Stadium Bukit Jalil. Seni Arca Awam boleh juga dikenali sebagai arca taman seperti mana arca yang terdapat di Taman Wawasan berhadapan bangunan Publi Bank. Kadang kala ianya menghiasi dinding sesebuah bangunan seperti di dinding bangunan KUWASA di Jalan Raja Laut.

Bandaraya Kuala Lumpur sering kali menerajui apa jua pembangunan yang akan berlaku secara menyeluruh. Dalam konteks Seni Arca Awam , kesedaran tentang perlunya objek seni ini dalam menyimbangi kemajuan fizikal telah disahut oleh pihak kerajaan maupun swasta. Tahun-tahun 90an menampakkan perkembangan menarik kepada karya-karya Seni Arca Awam ianya bertitik tolak atas keperhatian pihak kerajaan maupun swasta yang menginginkan identiti mereka diolah dalam bentuk Seni Arca Awam malahan kewujudan Seni Arca Awam tersebut mampu menjadi alat untuk mengeksprisikan sesuatu yang menjadi pegangan sesebuah syarikat swasta maupun dasar-dasar kerajaan.

Contoh keperhatian pihak swasta dapat dilihat dengan kewujudan ‘Taman Wawasan’ yang terletak di hadapaan bangunan Publi Bank. Taman ini dihiasi dengan 3 Arca Awam hasil pengarca tempatan, ketiga-tiga Arca Awam itu telah mengambil intipati wawasan 2020 dalam kewujudnya bentuknya. Ketika perasamian perdana menteri ketika itu Tun Dr. Mahathir telah memberi kenyataan yang dilihat sebagai pengiktrafan kepada peranan Seni Arca Awam dalam masyarakat.

“Taman Wawasan ini sudah tentu akan menjadi tumpuan orang ramai baik dari dalam mahupun luar Negara, arca-arca yang simbolik menjadi ingatan kepada Negara untuk mencapai status Negara maju sepenuhnya pada tahun 2020”

Y.A.B DATO SERI DR. MAHATHIR MOHAMMAD. 1993,Katlog Perasmian Pembukaan.

Seni Arca Awam kini turut diambil kira ketika perancangan serta pengwujudan sesebuah binaan maupun bangunan yang bersifat moden dan terkini. Jelas di Kuala Lumpur bangunan kebanggaan Negara seperti Menara Kembar Petronas turut dihiasi dengan arca awam hasil pengarca tempatan maupun luar Negara. Kewujudan sesuatu Seni Arca Awam itu dilihat dapat menambah nilai sesuatu tempat atau bangunan maupun persekitaran yang terlibat. Dengan menjadikan sesuatu imej maupun misi sesebuah syarikat sebagai tunjang dalam karya-karya Seni Arca Awam, ianya dirasakan mampu menaikan imej sesebuah syarikat juga Bandaraya Kuala Lumpur setaraf dengan bandar raya maju yang lain seperti koto New York, London, Paris, Jepun dan Korea.

No comments:

Post a Comment